Hanya Klik saje..

Selasa, 24 November 2009

BreaK-off...

Dah nak hampir seminggu aku tak update blog. bukan ape aku menyibukan diri ini dengan kerja pejabat agar aku dapat melupakan masalah yang bersarang di sanubari kepala otak aku ini. BREAK-OFF....

Bunyi macam teruk aje tapi takdelah sampai aku nak guling guling atas lantai macam  Sin Chan tue...sekadar mood aje tak okie...Entah lah yang sebenarnya aku malas nak ambik port pasal break-off kali ni bukan sebab apa, this is the fourth time aku mengalaminya..cuma kali nie berbeza aku yang membuat keputusan break secara colateral bukan seperti sebelum ini secara demokratik...

Perhubungan memang sukar untuk di beri maksud dan tahap yang sebenarnya..Ia lebih bergantung kepada individu itu sendiri menentukanya...bagi aku perhubungan itu besar skopnya...dan bagi perhubungan dengan insan bernama wanita apa yang perlu persefahaman, kepercayaan dan tolak ansur...kadang kadang aku bermain tarik tali dengan memberi kelonggaran agar perhubungan berjalan lancar...

Cuma bila toleransi dan tolak ansur kita di ambil mudah, hati ini sedikit demi sedikit mula berubah...dan secara dasarnya dari aku dan dia menjadi lebih terikat dalam kemelut ini lebih baik aku putuskan ia agar terlerai semuanya....ayat aku cukup mudah " Kita rest our relationship for a while and then we see what Allah decide for us..okay Bee"...

Namun bila dah jadi macam nie lelaki yang selalu di persalahkan...apa kaum Hawa nie tak buat salah...sedangkan atas dasar aku sayangkan dia lah aku putuskan perhubungan ini...aku tak nak kehilangan dia dari hidup aku...tapi cukup sekadar kawan tidak lebih dari itu kerna aku tahu dia terlalu baik untuk Jantan ini.....

Rabu, 18 November 2009

KontroL Macho....

Seperti biasa aku pergi kerja dengan Komuter KTM...selalunya tiada ape yang menarik perhatian aku so aku bantai tido sepanjang perjalanan ku (tapi takdelah sampai meleleh air liur)...tapi pagi nie perhatian aku tertarik pada seorang Mamat nie yang naik kat Shah Alam...

di saat masuk aje mamat ni kat pintu train, otak aku dh mula memuji dia...memang macho hensem tahap gaban, badan pula memang boleh di banggakan...kira layak jadi model la di mata ku...kira dressing dia memang mengancam la, semua fit to the body....dia terus duduk kat sebelah aku, walamak dia punya haruman terus menusuk nusuk saluran pernafasan aku....kira hampir aku tergoda dgn jantan nie, kalu perempuan memang aku terus buat donno usha je....hehe...

selang beberapa minit dia mula gelisah, asyik pegang hidung...sekali dia tarik, terkejut aku....dia berhingus la pulak...nak tergelak aku di buatnya tapi aku buat tak faham aje..sepanjang perjalanan dia main tarik tarik hingus...eww geli ada kelakar pun ade, mane tak nya sepanjang perjalanan dia pejam mata dia..konon tak nak tengok orang lain yang asyik dok mengusyha dia....kira kontrol macho la tue...

sampai Angkasapuri dia dah tak tentu arah agaknya hingus dah habis cair agaknya...mata aku tak sedap tengok, ape lagi aku cuit dia dan bagi dia tisu yang sentiasa ada dalam beg sandang aku...dia senyum dan terus lap hidung dia....puas aku menahan gelak rase macam nak pecah perut aku....

akhirnya sampai KL sentral dia pun bangun nak turun...tapi sebelum sempat la juga dia cakap "Thanx bro" dan hulur tangan nak salam aku...nak tak nak kena sambut salamannya tapi otak aku berputar "alamak aku kena cepat basuh tangan, VIRUS"......

so moral of the story, jaga lah kesihatan korang baik baik ekk...bila dh jadi macam nie, malu la siot...aku sebagai lelaki pun malu...paling koman pun bawa la tisu or saputangan buat cover hidung korang...attitude kena jaga supaya Machoness boleh di coontrol....Fikir fikirkan lah.........

Isnin, 16 November 2009

Salam Pembukaan...


Salam pembukaan semua...tak tahu entah apa yang telah merasuk aku, tibe tibe saje nak buat blog sendiri..mungkin gian nak berkongsi cerita gamaknya...atau mungkin sebab tangan nie dah mula gatal gatal untuk menulis kembali setelah sekian lama....


Walau apa pun sebabnya, harap semua akan suka dengan pengisian blog aku ini...dan kepada sesiapa yang hendak memberi sumbangan idea atau pendapat, anda semua dialu alukan......yelah untuk menjadi ianya lebih "juicier" lagi...


Terima Kasih pada semua yang sudi membuka blog ini......kalau rasa tak malu, hebah hebah kan blog aku nie kat kekawan lain...... (^_')~wink~